suria

RMK10 - Sosioekonomi

KUALA LUMPUR: Kemiskinan keseluruhan menurun daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.8 peratus tahun lepas di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

Ini adalah hasil daripada sasaran di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar, menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

RMK-9 juga mencatatkan kemajuan dalam mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan dan kekayaan.

Pemilikan syer Bumiputea dalam syarikat berhad meningkat daripada 19.4 peratus pada 2006 kepada 21.9 peratus pada 2008 dengan pemilikan bangunan dan premis komersil meningkat daripada 11.7 peratus pada 2005 kepada 14.0 peratus pada 2008.

Peratusan Bumiputera dalam pekerjaan di peringkat pengurusan kanan telah bertambah daripada 37.1 peratus pada 2005 kepada 43.0 peratus pada 2008.

Untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) ditubuhkan pada tahun lepas.

Lima koridor pertumbuhan wilayah ditubuhkan dengan jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM245 bilion, di mana 86 peratus daripada 196 projek telah memulakan operasinya. - BERNAMA

Artikel Berikut

18 Kes Baru H1N1

Artikel Lain