suria

GRO Rakyat China Dan Vietnam Ditahan

PULAU PINANG: Lebih 20 pelayan pelanggan (GRO) rakyat China dan Vietnam ditahan dalam operasi di sebuah pusat karaoke dan hiburan di Jalan Magazine di sini, awal hari ini.

Turut ditahan dalam serbuan polis Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman pada pukul 1 pagi itu ialah seorang GRO rakyat tempatan.

"Kami menahan 24 GRO warga China, dua warga Vietnam, termasuk 2 yang dipercayai ibu ayam serta 13 lelaki tempatan dipercayai pekerja pusat karaoke itu dan pengurus kepada GRO itu," kata Ketua Operasi D7 Supritendan Maszely Minhad kepada pemberita di tempat serbuan, di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika serbuan GRO itu cuba untuk memutuskan bekalan elektrik sebelum melarikan diri melalui tiga pintu kecemasan dan bertindak menyembunyikan diri di dalam sebuah bilik air.

Maszely berkata kesemua yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an. - BERNAMA

Artikel Berikut

18 Kes Baru H1N1

Artikel Lain