Empat Ditahan, Pelbagai Haiwan Liar Dirampas - Semasa | mStar

Empat Ditahan, Pelbagai Haiwan Liar Dirampas

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas pelbagai jenis haiwan liar yang dilindungi dan menahan empat orang dalam empat operasi di Selangor dan Perak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Perhilitan Misliah Mohamad Basir berkata dalam serbuan pertama pada 31 Mei lepas di pasar Taman Len Sen, Cheras, pihaknya menemui empat ekor ular tedung, tujuh Asiatic Cobra, 25 disyaki hempedu ular sawa dan satu bekas alumininum minyak disyaki mengandungi hidupan liar.

"Tiga lelaki ditangkap dan dikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga dihadapkan ke mahkamah 30 Jun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pada hari yang sama di sebuah premis perniagaan di Pulai, Perak, pihaknya merampas satu kepala kambing gurun, satu keping kulit kambing gurun dan 59 botol disyaki minyak kambing gurun.

Seorang lelaki ditangkap dan diikat jamin polis sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga dihadapkan ke mahkamah 30 Jun ini, katanya.

Pada 1 Jun lepas, jabatan menemui dua bagasi yang mengandungi pelbagai jenis kura-kura dan ganja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Hasil pengecaman dan pengiraan yang dilakukan terhadap kura-kura itu, kami mendapati 285 ekor ialah spesis dari Radiated Tortoise, 14 ekor Spider Tortoise dan seekor Madagascar Tortoise. Kesemua haiwan itu masih hidup manakala pemilik bagasi terbabit gagal dikesan," katanya.

Misliah berkata siasatan mendapati bagasi terbabit datang dari Madagascar sebelum dibawa ke Mauritius dan tiba di negara ini.

Beliau berkata rundingan dan perbincangan sedang dibuat dengan negara asal (Madagascar) untuk menghantar semula kura-kura itu ke sana.

Pada hari sama, pihaknya merampas dua ekor burung enggang dan seekor ular sawa selepas melakukan serbuan ke atas premis perniagaan di Seri Kembangan, Selangor.

Dalam perkembangan lain, Misliah menyeru pemilik spesies flora dan fauna liar supaya mendapatkan surat kebenaran khas sehingga 28 Jun ini bagi memiliki sebarang spesies terbabit.

Beliau berkata ini selaras dengan pindaan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) bagi memastikan perdagangan antarabangsa yang melibatkan spesies flora dan fauna liar tidak akan mengakibatkan spesies itu diancam kepupusan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

FAKTA RMK-10 (BAH 2)

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain