suria

APMM Tawau Rampas 1,590 Karton Rokok

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritin Malaysia (APMM) Tawau berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk kira-kira 1,590 karton rokok bernilai RM150,000 ke daerah itu semalam.

Jurucakap APMM Lt Komander (M) Asman Jamak berkata kesemua rokok berkenaan dirampas daripada sebuah bot yang ditahan kira-kira pukul 7.35 petang semalamm di perairan Tawau ketika sedang menuju ke arah pantai dari Sungai Nyamuk, Indonesia.

Ketika dihampiri, dua lelaki yang berada di atas bot itu bertindak terjun ke laut dan ketika diperiksa anggota APMM menemui 80 karton rokok pelbagai jenama di atas bot berkenaan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Rampasan ini merupakan yang kedua seumpamanya tahun ini dan merupakan yang terbesar setakat ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

18 Kes Baru H1N1

Artikel Lain