Tiada Cadangan Menaikkan Kadar GST Empat Peratus - Semasa | mStar

Tiada Cadangan Menaikkan Kadar GST Empat Peratus

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada empat peratus kepada 10 peratus dalam tempoh 10 tahun kerana tidak mahu rakyat menerima impak negatif.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek berkata kerajaan yakin, walaupun GST ditetapkan pada kadar empat peratus, ia akan dapat memberi kesan yang neutral kepada inflasi dan hasil kerajaan secara keseluruhannya.

Malah, kutipan hasil cukai juga boleh bertambah menerusi sistem GST yang lebih efisien dan pematuhan yang lebih tinggi, katanya.

"Yang penting ialah memastikan maklumat mengenai mekanisme dan pelaksanaan GST dapat disampaikan kepada seluruh rakyat," katanya menjawab pertanyaan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Selatan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pua ingin mengetahui sama ada kadar GST akan dinaikkan dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa GST patut dilaksanakan jika ia hanya akan mengurangkan hasil kutipan kerajaan.

Awang Adek berkata matlamat utama GST ialah untuk menyusun semula sistem percukaian negara agar lebih komprehensif, efisien, telus dan mesra perniagaan.

Katanya GST bakal menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan mempunyai banyak kelebihan yang mengatasi kelemahan sistem percukaian sedia ada.

Beliau juga berkata GST tidak akan meningkatkan kos perniagaan, malah menjadikan harga barangan dan perkhidmatan lebih kompetitif dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

"Ini disebabkan GST yang dibayar peniaga ke atas input perniagaan seperti bahan mentah, bil telefon, peralatan pejabat dan sebagainya, boleh dituntut sebagai kredit daripada kerajaan," katanya.

Mengenai kewajaran melaksanakan GST, Awang Adek menjelaskan bahawa tahap pendapatan negara bukan ukuran untuk kerajaan melaksanakan GST.

Ini kerana banyak negara lain yang telah melaksanakan GST walaupun pada dasarnya pendapatan per kapita negara-negara tersebut lebih rendah berbanding Malaysia.

"Venezuela, Sri Lanka, Afrika Selatan dan Sudan sudahpun melaksanakan GST.

Ini jelas menunjukkan bahawa tahap pendapatan per kapita bukan menjadi ukuran bagi melaksanakannya," katanya.

Sementara itu, katanya sebanyak 126 program telah dilaksanakan untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan GST yang melibatkan 18,000 peserta, dan maklum balas yang diterima, agak memberangsangkan.-BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan