Bekas Speaker DUN Perlis Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Bekas Speaker DUN Perlis Meninggal Dunia

KANGAR: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Fadzil Mahmood, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Surau, Utan Aji dekat sini hari ini, kira-kira sebulan selepas isteri beliau kembali ke rahmatullah.

Allahyarham yang berusia 73 tahun menghembuskan nafas terakhir di hadapan kesemua empat orang anaknya pada 3.30 pagi setelah dibawa pulang dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar pada 6 petang semalam setelah dirawat di situ sejak 2 Jun kerana masalah jantung.

Anak ketiganya, Faisal, 35, berkata kematian ayahnya adalah 33 hari selepas ibunya, Datin Fatimah Ismail, 71, meninggal dunia.

Faisal, yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini berkata, jenazah ayahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Surau selepas zohor hari ini.

Fadzil menjadi Speaker dari 9 September 1986 hingga 4 Oktober 1990 semasa Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menjadi Menteri Besar Perlis.

Antara yang menziarahi jenazah alahyarham hari ini ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yazid Mat dan Anggota-anggota Exco Kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini