suria

Polis Berkas Semula Kedua-Dua Tahanan Imigresen Yang Larikan Diri

TAWAU: Polis berjaya memberkas semula kedua-dua pesalah imigresen, kurang dari enam jam, selepas mereka cuba melarikan diri dari kawalan Imigresen pagi tadi ketika dalam perjalanan untuk menjalani hukuman di penjara Tawau di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner (ACP) Ibrahim Chin berkata tahanan pertama yang dikenali sebagai Jul, berjaya ditahan sejurus selepas melarikan diri atas bantuan orang ramai dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu.

Banduan kedua yang dikenali sebagai Faizal, yang dihukum penjara tiga bulan dan dua sebatan rotan pula berjaya diberkas semula kira-kira jam 4.30 petang di kawasan Sin On hasil maklumat orang ramai.

Polis sedang menjalankan siasatan bagaimana kedua-dua banduan berkenaan dapat melarikan diri. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain