suria

Lelaki Mati Dibaham Buaya Di Sg Kalumpang

TAWAU: Mayat seorang lelaki dijumpai dalam keadaan tidak berkepala dipercayai dibaham buaya ketika dia dan enam rakan sekerjanya sedang mencari kepah di Sungai Kalumpang, 70 kilometer dari sini.

Ketua Polis Tawau ACP Ibrahim Chin berkata mayat Basri Madi, 45, ditemui tersangkut di celah-celah pokok nipah.

"Tangan kiri dan kaki kirinya juga hilang," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya mayat Basri ditemui oleh pasukan mencari pada 4 petang semalam, tidak jauh dari tempat dia dipercayai diserang buaya berkenaan pada 11 pagi Ahad lepas.

Semasa kejadian, seorang daripada rakan Basri, ternampak kaki manusia dalam mulut seekor buaya sepanjang tiga meter.

Ibrahim berkata ia merupakan kejadian kedua seumpamanya dilaporkan sejak tahun 2008 di kawasan itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain