suria

Konsep 1Malaysia Sudah Diterima

PASIR MAS: Konsep 1Malaysia kini diterima oleh 80 peratus rakyat negara ini, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Abdullah Murad.

Katanya sebahagian kecil lagi berada di kawasan terpencil seperti pedalaman di mana maklumat agak sukar disampaikan walaupun sudah dua tahun konsep itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kefahaman juga agak berbeza kerana terdapat perbezaan politik di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bersama Mu 1Malaysia di Pusat Latihan Khidmat Negara Cancun Park, Kampung Kangkung di sini semalam.

Abdullah berkata perangkaan itu diperoleh daripada satu kajian melibatkan 12,200 rakyat negara ini.

"Kita akan minta pegawai-pegawai kita memperjelaskan perkara itu kepada mereka yang belum menerima lagi konsep 1Malaysia," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain