suria

Kementerian Penerangan Mohon Peruntukan RM3 Bilion Perluas Jalur Lebar

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memohon peruntukan lebih RM3 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi memperluaskan perkhidmatan jalur lebar negara. Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Wira Kamaruddin Siaraf berkata ia juga akan membolehkan Malaysia bertanding di peringkat global dalam pembekalan jalur lebar.

Beliau berkata, peruntukan itu juga adalah bagi memastikan RTM dapat meyampaikan maklumat kepada rakyat dengan lebih berkesan menggunakan kaedah baru.

"Dalam RMK-10 ini, kami telah mengemukakan pelbagai bentuk projek dan program bagi memastikan rating RTM meningkat dalam usaha memastikan keberkesanan agensi media rasmi kerajaan dalam memainkan peranannya.

"Kami harap kerajaan dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kuiz mega National Geographic di sini semalam.

Kamaruddin berkata, kementerian memberikan tekanan kepada tiga sektor dalam permohonan untuk peruntukan RMK10 iaitu komunikasi, penerangan dan kebudayaan. Bagaimanapun keutamaan tetap diberi kepada sektor komunikasi kerana ia akan diguna untuk memacu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) terutama dalam memastikan pencapaian sektor industri keratif. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain