suria

Tahanan Reman Lari Dari Hospital Ditangkap Semula

KUALA LUMPUR: Seorang tahanan reman yang melarikan diri dari Hospital Selayang semalam berjaya ditangkap di Wisma Eagles, Jalan Ipoh, di sini pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia Za'ba Abu Bakar berkata tahanan itu yang menerima rawatan di Wad 7D hospital tersebut telah melarikan diri kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

"Seramai lima anggota dari Penjara Sungai Buloh yang bertugas dalam gerakan mencari tahanan tersebut berjaya menangkap semula tahanan itu kira-kira pukul 5.50 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan.

Lembaga Siasatan akan menyiasat insiden itu dan tindakan menahan kerja akan dilaksanakan terhadap anggota yang didapati cuai, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain