suria

Enam Sukarelawan Malaysia Dibebaskan Israel Hari Ini

KUALA LUMPUR: Enam sukarelawan Malaysia yang menaiki kapal MV Rachel Corrie, kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas Israel semalam dibebaskan di sempadan Israel-Jordan pada pukul 5.20 petang waktu Malaysia.

Mereka terdiri daripada anggota Parlimen Mohd Nizar Zakaria, anggota Pertubuhan Damai Perdana Global Shamsul Akmar, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua anggota akhbar, Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari TV3. - BERNAMA

Artikel Lain