suria

Gangguan Bekalan Air Di Sekitar Klang, Shah Alam Pada 19 Jun

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air pada 19 Jun berikutan kerja-kerja penyambungan paip bagi menaik taraf jalan persiaran Kuala Selangor Shah Alam, Daerah Klang Selangor oleh Jabatan Kerja Raya.

Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata kawasan yang terjejas ialah Kilang F&N, Flat Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kilang Tiong Nam dan Jalan 26/38 Seksyen 26 dari 8 malam pada 19 Jun hingga 10 pagi, 20 Jun.

"Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak Syabas berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Maklumat lanjut tentang gangguan boleh diperolehi di talian bebas tol Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) 1-800-88-5252, atau SMS ke 39222 atau layari laman web Syabas di www.syabas.com.my dan www.twitter.com/puspel serta "facebook" dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas". - BERNAMA

Artikel Lain