suria

Direktori Pendidikan OIC Dilancarkan

KUALA LUMPUR: Direktori Pendidikan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), yang menyenaraikan secara meluas universiti, kolej dan institusi pengajian tinggi di 57 negara anggota OIC, dilancarkan hari ini.

Pada majlis pelancaran itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata direktori itu diharap akan menyediakan rujukan yang mudah untuk orang ramai memilih institusi pengajian tinggi yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran mereka.

Beliau berharap penerbitan direktori itu akan menarik lebih ramai warga asing untuk belajar di Malaysia, sekali gus mempromosikan Malaysia sebagai sebuah hab pendidikan OIC.

Directori itu, satu-satunya direktori seumpamanya di dunia, akan diedarkan secara percuma kepada pelajar, ibu bapa dan kementerian menerusi pelbagai agensi kerajaan negara anggota OIC.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal pendidikan OIC di www.oiceduonline.com. - BERNAMA

Artikel Lain