Sukarelawan Malaysia Ditawan Israel Akan Disambut Sebagai Wira - Semasa | mStar

Sukarelawan Malaysia Ditawan Israel Akan Disambut Sebagai Wira

ZULKIFLI MOHD. NANI
ZULKIFLI MOHD. NANI

PETALING JAYA: Kesemua 12 sukarelawan Malaysia yang dibebaskan hari ini selepas dipenjarakan tentera rejim Zionis akan disambut sebagai wira apabila mereka pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis Projek LifeLine4Gaza (CMT), Zulkifli Mohd Nani berkata, satu upacara sambutan besar-besaran akan diadakan bagi meraikan pembebasan dan kpulangan mereka kelak.

"Mereka adalah wira negara, malah dengan insiden ini kita berazam menghantar lebih ramai lagi aktivis dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas Yahudi di sana.

"Kejadian ini tidak mematahkan semangat kita untuk terus berjuang membantu mereka," tegas beliau kepada mStar Online di sini semalam.

Seramai 12 sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang Israel kini selamat dan berada di Amman, Jordan.

Rombongan itu diiringi Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz and pegawai kedutaan yang lain.

Kesemua sukarelawan terbabit dilepaskan pasukan pertahanan Israel dengan hanya sehelai sepinggang dan tidak mempunyai pasport selain peralatan seperti telefon bimbit dan kamera tidak dikembalikan selepas dirampas.

Mereka ialah Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad (Haluan Palestin), Al-Hami Husain Suhaimi (Haluan Palestin) Mohd Nizam bin Mohd Awang (Haluan Palestin), Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal Malaysia).

Sukarelawan lain ialah Dr. Selamat Aliman (Jemaah Islah Malaysia), Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care), Mustafa Mansur (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia), Ashwad Ismail (wartawan Astro Awani) dan Shamsul Kamal Abdul Latip (jurukamera Astro).

Ditanya mengenai tarikh sebenar kesemua mereka berangkat dari Jordan, Zulkifli memberitahu pihaknya masih belum mempunyai maklumat mengenainya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain