suria

Tiga Angkat Sumpah Sebagai Senator

KUALA LUMPUR: Dua Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Gan Ping Shou serta Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk, Datuk Maglin Dennis D'Cruz hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini.

Pelantikan mereka sebagai Senator mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pelantikan Lim sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Gan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan D'Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Pelantikan mereka sebagai Timbalan Menteri berkuat kuasa Jumaat ini. - BERNAMA

Artikel Lain