suria

Malaysia Kecewa Dengan Sikap Majlis Keselamatan PBB

SEPANG: Malaysia berasa kecewa terhadap tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang tidak bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan presiden yang lebih keras mengutuk serangan Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

"UNSC hanya meluahkan rasa sangat kesal dan tidak mengecam tindakan Israel itu. Kita kecewa kecaman itu tidak dikeluarkan oleh majlis tersebut," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Kuala Lumpur di sini hari ini sejurus tiba dari Singapura selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara-Negara Asean-GCC, Anifah berkata, Malaysia berasakan "UNSC patut lakukan lebih daripada itu."

"Apa yang berlaku, UNSC tidak begitu bersedia untuk mengutuk apa yang telah dilakukan oleh Israel," katanya.

Anifah berkata, Malaysia "tentu sekali" akan mengemukakan bantahan kepada UNSC. - BERNAMA

Artikel Lain