suria

PM Britain Tuntut Israel Beri Reaksi Konstruktif

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron menuntut rakan sejawatnya dari Israel, Benjamin Netanyahu agar segera memberi "rekssi konstruktif" terhadap kritikan yang diterima berikutan tindakan askarnya menyerang kapal bantuan misi kemanusiaan Gaza, semalam.

Cameron memberitahu Netanyahu dalam perbualan menerusi telefon bahawa Britain prihatin terhadap kejadian mengancam nyawa berikutan sembilan dilaporkan maut selepas komando Israel menyerang kapal berkenaan.

“Cameron memberitahu mengenai komitmen United Kingdom terhadap keselamatan di Israel tetapi mahu negara itu memberi reaksi terhadap kritikan berikutan tindakan terbarunya itu.

"Beliau juga mahu Israel membuat apa saja yang perlu bagi membendung berulangnya kejadian sama selepas ini," kata jurucakap Perdana Menteri itu.

“Perdana Menteri juga menekankan betapa pentingnya sekatan terhadap Gaza ditarik balik dan memberi laluan kepada kemasukan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Palestin yang memerlukan," kata jurucakap itu.

Awal semalam, Setiausaha Luar Negara Britain, William Hague mahu "satu siasatan bebas dan menyeluruh' dilakukan berikutan kejadian yang berlaku di perairan Gaza. Seorang warga Britain dilaporkan cedera dalam serangan askar Israel itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain