Khairy Fail Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah - Semasa | mStar

Khairy Fail Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini memfailkan notis rayuan terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya dalam kes saman malu bernilai RM100 juta.

Peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi hari ini, mengesahkan bahawa notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pagi ini.

Notis tersebut, antara lain, memohon tarikh pendengaran awal kes itu, katanya.

Katanya, beliau terkejut dengan keputusan itu kerana writ saman tidak diserahkan secara peribadi kepada Khairy atau dihantar ke alamat terakhir anak guamnya itu tetapi dihantar ke salah sebuah pejabat Khairy yang mengendalikan hal Pemuda UMNO.

Salah seorang peguam Anwar, Wan Anuar Shadat, ketika dihubungi berkata keputusan mahkamah semalam memerintahkan bahawa serahan writ saman kepada Khairy adalah sah dan tidak ada merit dalam kenyataan pembelaan Khairy.

Semalam, Penolong Kanan Pandaftar Mahkamah Tinggi, Nazri Yahya menolak permohonan Khairy dengan kos bagi mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Ketua Pembangkang itu daripada Mahkamah Tinggi pada 4 Disember 2008 selepas Khairy gagal memasukkan kehadiran di mahkamah.

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Mac 2008, dengan mendakwa Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com., bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Anwar mendakwa klip video di laman web Malaysiakini.com. mengandungi perkataan fitnah diucapkan oleh Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini, pada atau sekitar 20 Februari 2008.

Anwar berkata, perkataan fitnah itu antara lain bermaksud beliau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perwatakan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau jawatan lain.

Beliau memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Lima Hari Bekerja Untuk Guru - NUTP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain