suria

Saya Tahu Akan Dipecat - Murugesan

PETALING JAYA: Setiausaha Agung MIC, S. Murugesan yang dipecat semalam sudah menjangkakan nasibnya itu selepas secara terbuka mempersoalkan tindakan Datuk Seri S. Samy Vellu memecat empat Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) parti.

Katanya, itu adalah hak prerogatif presiden parti itu untuk melantik atau memecat setiausaha agung.

Bagaimanapun beliau tetap dengan pendiriannya dan sedia menerima sebarang kemungkinan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden yang memberikan peluang untuk saya bertanding di Subang pada pilihan raya umum lalu dan berkhidmat sebagai setiausaha agung," katanya sebagai mengulas tindakan Samy Vellu itu semalam.

Mengenai pelantikan Ketua MIC Negeri Sembilan, Datuk T. Rajagopalu, Murugesan berkata: “Saya ucap tahniah kepada Datuk Rajagopalu dan selamat berjaya.”

Jumaat lalu, Murugessan membuat kejutan dengan tampil pada satu sidang akhbar anjuran Gerakan Anti Samy (GAS) dengan mengkritik tindakan bekas ketuanya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain