suria

Polis Tahan Pengedar Dadah Aktif Sekitar Lumut

LUMUT: Polis menumpas kegiatan seorang pengedar dadah yang bergiat aktif di sekitar Lumut, Sitiawan dan Seri Manjung dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Koh, Sitiawan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman berkata lelaki berumur 40-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang dan polis turut merampas pelbagai jenis dadah.

Serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang ramai, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan, polis menemui 44 gram serbuk dipercayai dadah jenis heroin, 8 gram syabu dan beberapa biji pil dipercayai dadah," katanya.

Mohd Jamil berkata lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain