suria

Jalan Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Untuk Raptai, Sambutan Hari Keputeraan

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama sekitar Dataran Merdeka di sini ditutup dari 6 pagi hingga 5 petang sejak Ahad sehingga Sabtu ini untuk raptai dan majlis sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Penolong Pegawai Gerakan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Inspektor Mohd Hasbullah Saidin berkata penutupan jalan tersebut bertujuan melancarkan persiapan perarakan panji-panji pada Sabtu ini.

"Pengguna jalan raya diminta merancang perjalanan masing-masing dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak sebarang kesulitan semasa tempoh penutupan jalan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

*Persimpangan Jalan Raja/Jalan Hishamuddin

- Tutup terus ke Jalan Raja(Dataran Merdeka)

- Tutup pergerakan ke Bulatan Hishamudin

*Jalan Kinabalu pertemuan Jalan Hishamuddin/Bukit Aman(depan Masjid Negara)

- Pergerakan dari Jalan Maharajalela menuju ke Dataran Merdeka ditutup

*Persimpangan Jalan Hang Kasturi/Lebuh Pasar Besar

- Tutup pergerakan dari Jalan Kasturi ke Jalan Raja.

*Persimpangan Jalan Tun Perak/Jalan Lebuh Ampang

- Kenderaan melencong ke Jalan Leboh Ampang terus ke Jalan Munshi Abdullah

*Persimpangan Jalan Raja/Jalan Parlimen

- Tutup ke Dataran Merdeka

*Bulatan Dato Onn

- Tutup pergerakan masuk ke Jalan Raja (Dataran Merdeka) dan Jalan Tun Perak. Kenderaan boleh memasuki Bulatan Dato Onn dan kemudian keluar melalui Jalan Parlimen atau Jalan Kuching semula

- Kenderaan yang datang dari arah persimpangan Jalan Cenderawasih/Jalan dilencong ke Jalan Kuching

- Tutup kedua-dua susur masuk ke Bulatan Dato Onn dari arah Jalan Kuching dan dari arah Jalan Kinabalu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain