suria

Dua Sahabat Dibebas Drp Tuduhan Sebabkan Kematian Wanita

KUALA LUMPUR: Dua sahabat Isnin dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita di Sentul di sini empat tahun lepas.

Hakim Fathiyah Idris mendapati pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff, gagal membuktikan kes prima facie terhadap penjaga letak kereta M Munisamy, 23, dan jurudawai Salim Noor Mohmed, juga 23.

Munisamy dan Salim didakwa dengan niat bersama menyebabkan kematian Sofhia Abdullah @ Lim Thi Hoa, 55, di hadapan CNK Motor Sdn Bhd, Jalan Sibu 15, Taman Wahyu antara 8.30 malam dan 9.30 malam 1 Januari 2006.

Mayat Sofhia dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di tempat kejadian.

Munisamy dan Salim diwakili peguam bela Abdul Rashid Ismail dan N Sivanesan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain