suria

"Saya Turut Diugut" - Mugilan

SERI KEMBANGAN: Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan mendakwa beliau turut diugut berhubung tindakannya untuk mengadakan Perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa (MIECC) di sini hari ini.

Beliau mendakwa, ugutan itu dilakukan secara keras seperti bunuh atau rumah disimbah cat.

"Saya juga diugut secara 'lembut' oleh pihak tertentu terhadap implikasinya jika perhimpunan ini diteruskan.

"Apa pun, saya nekad dengan perjuangan ini dan tidak akan membuat laporan polis mengenai ugutan ke atas saya," katanya kepada pemberita.

Mugilan memberitahu, ugutan sedemikian sebagai tindakan lumrah daripada pihak yang tidak menyenanginya apabila dia memperjuangkan kebenaran dalam politik.

"Bagaimanapun, saya akan membuat laporan polis mengenai 'kehilangan' salah seorang pemimpin parti itu, namun selepas mengkajinya punca sebenar," ujarnya

Sementara itu, beliau menyifatkan perhimpunan hari ini sebagai berjaya walaupun hanya kira-kria 10,000 penyokong yang hadir, namun jumlah sebenarnya melebihi sasaran awal 15,000 orang iaitu 20,000 orang.

"Saya yakin dengan jumlah ini (20,000 orang) kerana sebenarnya lebih ramai yang tidak hadir ekoran disabotaj untuk datang ke sini (perhimpunan)," dakwanya.

Artikel Lain