Perhimpunan GAS Jadi Titik Tolak Pembaharuan Dalam Masyarakat India - Semasa | mStar

Perhimpunan GAS Jadi Titik Tolak Pembaharuan Dalam Masyarakat India

PETALING JAYA: Perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Konvensyen The Mines di Seri Kembangan dekat sini hari ini akan menjadi titik tolak kepada pembaharuan dalam masyarakat India di negara ini, kata bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan.

Penyelaras GAS itu berkata mereka hanya menyediakan landasan tetapi segala perubahan hanya boleh dilakukan sekiranya masyarakat India bersedia untuk berubah.

"Esok adalah hari penentuan untuk berubah. Perjuangan ini bukannya perjuangan saya, bukan perjuangan mereka yang dilucutkan jawatan. Perjuangan ini adalah perjuangan kaum India," katanya.

"Esok kalau ada ramai peserta bermakna mesejnya jelas, Samy Vellu (Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu) mesti berundur," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri tiga lagi penggerak perhimpunan itu iaitu bekas anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) K.P. Samy, G. Kumar Aamaan dan bekas Ketua MIC bahagian Petaling Jaya V. Subramaniam atau Bharat Maniam.

Mugilan berkata sekiranya perhimpunan itu tidak mampu menarik kehadiran ramai orang beliau serta tiga lagi penggerak GAS itu tidak akan merayu untuk kembali semula kepada MIC sebaliknya akan terus berjuang bagi memastikan Samy Vellu terus diberi tekanan.

Dalam pada itu, Bharat Maniam pula berkata, perhimpunan itu adalah untuk memulihkan demokrasi dalam parti itu.

Katanya, perhimpunan itu bukan untuk memperjuangkan kepentingan peribadi tetapi sebaliknya lebih kepada tindak balas terhadap tindakan dan keputusan yang dibuat Samy Vellu.

Katanya, kejayaan perhimpunan itu akan memberikan isyarat jelas bahawa masyarakt India memerlukan seorang pemimpin baru yang berkemampuan menjalankan tugas dan meneruskan perjuangan kaum India.

Perhimpunan tersebut adalah bagi mendesak Samy Vellu berundur dari jawatannya Julai depan dan bukan pada September 2011 seperti diumumkan oleh presiden itu sebelum ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain