Malaysia Boleh Capai Status Negara Maju Dengan Pertumbuhan Berterusan 6 Peratus - Semasa | mStar

Malaysia Boleh Capai Status Negara Maju Dengan Pertumbuhan Berterusan 6 Peratus

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh mencapai status negara maju menjelang 2020 jika negara terus mencatatkan pertumbuhan enam peratus setiap tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita kena capai pertumbuhan enam peratus tiap-tiap tahun, insyaallah sebelum tahun 2020, kita sudah capai status negara maju," kata beliau pada majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera - Model Baru Ekonomi di sini malam tadi.

Beliau berkata, Malaysia perlu menggalakkan pelaburan tempatan dan luar negara untuk meningkatkan pelaburan agar negara tidak lagi tersekat sebagai negara berpendapatan sederhana.

"Kalau tidak, negara lain akan memintas kita. Dan kalau kita buat sesuatu yang dapat gerakkan pelaburan yang besar, maka enam peratus itu tidak mustahil dicapai," tambah beliau.

Menjelaskan mengenai Model Baru Ekonomi di kongres itu, Najib menekankan NEM adalah cadangan beberapa pakar tertentu.

"Ia dirancang sedemikian tetapi ia bukan pendirian utama kerajaan yang akan dirumuskan segera tetapi ia adalah satu proses untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk orang Melayu," ulang perdana menteri.

Najib mengumumkan rangka kerja NEM pada 30 Mac yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Beliau juga berkata, mengubah kaedah tidak bermakna agenda Melayu telah dipinggirkan.

"Kita telah membentuk Ekuinas untuk mencari syarikat-syarikat Bumiputera yang berpotensi yang boleh menjadi jaguh tempatan, seterusnya menjadi jaguh serantau dan akhirnya ke peringkat global. Inilah yang kita mahukan dan ini tidak bermakna kita mengetepikan orang Melayu.

"Dan dunia patut mengiktiraf yang orang Melayu amat berdaya saing dan mampu berjaya di arena antarabangsa," tambah beliau. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain