suria

"Perbuatan Murugesan Bertentangan Dengan Perintah Am Parti" - Samy Vellu

SEREMBAN: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini menegur Setiausaha Agungnya, S. Murugesan dalam satu majlis terbuka kerana mempertikaikan penyingkiran empat orang pemimpin parti itu baru-baru ini.

Katanya, Murugesan telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan 'perintah am' parti.

Sebaliknya Samy mempertahankan tindakannya itu sebagai sesuatu yang wajar dan tepat kerana jika mereka tidak dipecat, kumpulan ini akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada parti.

Dan menurut Samy, apa yang telah beliau lakukan itu adalah berdasarkan 30 tahun pengalaman dalam sepak terajang politik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Kongres MIC Negri Sembilan di sini hari ini. Majlis itu turut dihadiri Murugesan.

Murugesan kelihatan tenang sepanjang ucapan Samy.

Artikel Lain