suria

Pemandu Terbunuh Treler Langgar Lori

SEREMBAN: Seorang pemandu lori terbunuh apabila kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di KM 277, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan pagi ini.

Jurucakap polis berkata mangsa, Chiam Chee Siong, 29, mati di tempat kejadian selepas lori yang dipandunya dilanggar dari belakang oleh sebuah treler, sebelum lorinya terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya pada kira-kira pukul 6.30 pagi.

Katanya sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 terpaksa mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu lori tersebut.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat.

Katanya pemandu treler dan kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

Artikel Lain