suria

Larangan Penjualan Rokok Paket Kurang 20 Batang Dikuatkuasa Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Larangan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata peruntukan bagi larangan itu telah pun diwartakan pada 23 Sept 2004 melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

"Diharapkan dengan tempoh masa yang telah diberikan ini, semua syarikat rokok dapat mengambil tindakan persediaan yang secukupnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Hasan berkata seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara maju, larangan itu bertujuan membendung kemudahcapaian rokok oleh golongan remaja dan mereka yang berpendapatan rendah.

Katanya tabiat merokok adalah amat merugikan selain dari memudaratkan kesihatan sekali gus menjejaskan tahap ekonomi perokok tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain