suria

Kapal Tunda Dan Nelayan Thai Ditahan Di Sarawak

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)berjaya menahan sebuah kapal tunda laut dalam termasuk sembilan nelayan rakyat Thailand kerana menceroboh perairan negara pada 25 Mei lalu.

Kapal tunda itu yang menggunakan pendaftaran SF2-2993 C2 ditahan kira-kira 135 batu nautika dari Tanjong Po ketika sedang menarik pukat untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa.

"Ketika pemeriksaan hendak dilakukan kapal terbabit cuba untuk melarikan diri namun berjaya dipintas oleh pihak APMM yang menggunakan kapal KM Bijak dan Bot RHIB," menurut kenyataan APMM.

Setelah membuat pemeriksaan didapati seorang tekong dan lapan awak-awak warga Thailand tidak mempunyai sebarang dokuman dan lesen bot nelayan yang sah.

Berikutan penahanan tersebut bot nelayan dan nelayan asing terbabit telah dibawa ke Kuching atas kesalahan menangkap ikan secara haram di laut perairan Malaysia iaitu di bawah Seksyen 15(1)(a). - BERNAMA

Artikel Lain