suria

Dr Wan Azizah Dakwa Pemimpin PKR Lompat Parti Dibayar RM2 Juta

KOTA BAHARU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa pemimpin PKR yang melompat parti dibayar RM2 juta.

Selain itu, mereka turut diberikan kontrak, dakwanya tanpa menyebut pihak yang bertanggungjawab membuat bayaran itu. Bagaimanapun, katanya isu pemimpin PKR lompat parti menjadi pengajaran dan mampu menyelamatkan parti daripafa anasir negatif.

"Ukuran pemilihan pimpinan harus lebih ketat...PKR akan melaksanakan program tarbiyah atau latihan terhadap pemimpin," katanya semasa merasmikan kongres nasional PKR di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR bahawa kemenangan pakatan pembangkang di negeri itu pada pilihan raya umum 2008 bukanlah kekal tetapi ia satu kepercayaan bersyarat.

"Sesungguhnya pengiktirafan tidak datang dengan percuma. Kerajaan negeri perlu terus menjujung aspirasi rakyat," katanya dan mencadangkan kerajaan negeri Selangor mengadakan indeks urus tadbir baik bagi memastikan pentadbiran yang cekap. - BERNAMA

Artikel Lain