suria

Syed Husin: Cabang PKR Halang Kemasukan Anggota Baru Untuk Kekal Berkuasa

KOTA BARU: Demi mengekalkan kuasa dalam parti, terdapat pemimpin peringkat Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup menyekat kemasukan anggota baru.

Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali yang mahukan kepimpinan parti lebih komited kepada rakyat dan parti.

Beliau berkata perbuatan menyekat kemasukan anggota baru di dalam parti sekaligus menyekat perkembangan parti.

"Di peringkat cabang kita mahukan pemimpin yang tidak menyekat kemasukan anggota-anggota baru serta menahan perkembangan parti semata-mata kerana hendak menjaga kedudukan masing-masing.

"Kita mahukan pemimpin yang boleh memberi pimpinan dari segi idea serta kerja dan mampu menyatu-padukan parti," katanya ketika berucap merasmikan kongres Angkatan Muda dan Wanita parti di sini malam tadi.

Syed husin berkata bagi melahirkan pemimpin yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk rakyat dan parti, PKR perlu memberikan latihan dan kursus kepada anggotanya.

Justeru beliau menggesa Angkatan Muda dan Wanita parti segera merancang dan melaksanakan program latihan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain