'Tiada Kuasa' Lawan Pelajar Buli - Guru - Semasa | mStar

'Tiada Kuasa' Lawan Pelajar Buli - Guru

RAWANG: Guru-guru di sekolah di sini yang berlakunya kes seorang gadis berumur 14 tahun dirogol oleh rakan sekelas memberitahu bahawa mereka ‘tiada kuasa’ untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin.

Seorang guru senior berkata, keadaan sekolah itu sesak dengan 3,264 pelajar dan hanya terdapat 30 guru disiplin di kalangan 169 kakitangan yang mengajar.

Peratus bilangan pelajar meliputi Cina sebanyak 43.96 peratus, India pula 38.63 peratus dan Melayu (15.4 peratus).

“Ia terlalu ramai untuk kami kawal,” kata guru berkenaan.

Pasukan Starprobe semalam melaporkan terdapat aktiviti-aktiviti kongsi gelap, mengedar dadah, alkohol, vandalisme dan jenayah seksual berleluasa di kalangan pelajar sekolah itu.

Pelajar-pelajar terbabit yang terdiri daripada beberapa kumpulan telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pelajar, guru-guru, ibu bapa juga penduduk setempat.

Cabul dilihat perkara biasa di sekolah itu dan bilangan pelajar yang terlalu ramai hanya menjadikan keadaan tersebut semakin buruk.

Rina (bukan nama sebenar), bekas pelajar mengakui dia pernah dicabul sewaktu belajar di sekolah itu.

Namun dia hanya dituduh kerana melakukan konspirasi dengan pelajar lain apabila mengadu kejadian tersebut kepada seorang guru.

“Guru itu berkata jika benar saya dicabul, saya sepatutnya mengalami trauma,” ujarnya.

Seorang guru yang memberitahu Starprobe berkata, pelajar-pelajar akan dibuang sekiranya mempunyai masalah disiplin, namun kembali semula dengan bantuan ibu bapa mereka.

“Kami percaya ibu bapa pelajar terbabit menggunakan ‘kedudukan’ mereka untuk memastikan anak-anak mereka kembali belajar di sini. Sekurang-kurangnya 30 pelajar akan kembali semula selepas dua atau tiga bulan mereka dibuang,” katanya.

Malah katanya, terdapat kejadian di mana pelajar buli mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap guru yang didakwa mengasari mereka.

“Mereka sepatutnya tampil bersama peguam,” ujarnya.

Pengendali bas sekolah yang membawa pelajar-pelajar daripada sekolah berkenaan selama 15 tahun berkata, disiplin mereka semakin teruk sejak bertahun-tahun.

“Ada di antara mereka melakukan vandalisme terhadap rakan lain yang mengendalikan bas sekolah dengan menyembur ayat ’08 is tops’ pada bas terbabit. Malah, mereka pernah menyerang seorang pelajar berhampiran kenderaan saya dua bulan lepas,” katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain