suria

Rumah Terbakar, 200 Tinggal Sehelai Sepinggang Di Tawau

TAWAU: Kira-kira 200 penduduk di Kampung Baru, Jalan Bunga raya di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila 10 buah rumah dua tingkat yang mereka diami musnah dalam kebakaran petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau ketika dihubungi berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.16 petang.

Dua jentera bomba dengan 24 anggota dan pegawai digegaskan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal dalam tempoh 55 minit, katanya.

Beliau berkata punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau Ismail Mayakub ketika ditemui di tempat kejadian berkata pihaknya telah membuka kaunter pendaftaran bagi mengenal pasti semua mangsa terlibat untuk memudahkan penyaluran bantuan.

Buat sementara waktu mangsa yang tidak mempunyai saudara-mara di kawasan berhampiran akan ditempatkan di Masjid Baitul Rahman, katanya

Artikel Lain