suria

Najib Pengerusikan Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-51.

Mesyuarat itu yang bermula pada 3 petang diadakan di pejabat Perdana Menteri di sini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman turut hadir. - BERNAMA

Artikel Lain