Mugilan Nafi Umno Di Sebalik GAS - Semasa | mStar

Mugilan Nafi Umno Di Sebalik GAS

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan menafikan Umno adalah "pemandu utama" Gerakan Anti Samy (GAS) yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini.

Mugilan berkata gerakan itu merupakan ilhamnya sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak dan beliau tidak memerlukan fikiran pihak ketiga kerana mampu berfikir secara rasional demi kepentingan parti.

"Menuding jari kepada pihak ketiga membuktikan bahawa Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan anaknya S. Vell Paari yang baru dilantik mengikut jalan belakang (sebagai anggota Jawatankuasa Pusat MIC) mula bimbang dengan sokongan yang saya terima," katanya dalam laman blog GAS di sini hari ini.

Mugilan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Vell Paari bahawa Umno terlibat dalam perhimpunan GAS Ahad ini.

Mugilan mendakwa bagi mengalih perhatian dan sokongan anggota MIC terhadapnya, Vell Paari cuba menyalahkan pihak ketiga iaitu Umno sebagai punca masalah dalaman MIC.

"Saya hendak nasihatkan beliau, jangan salahkan pentas kalau tidak tahu menari, akur dengan kelemahan diri dan insaf. Parti MIC lebih penting daripada kepentingan diri," katanya.

Mugilan berkata MIC pernah menjadi sebuah parti yang kukuh dan kuat dalam mempertahankan kepentingan masyarakat India tetapi kini ia hanya tinggal sejarah.

"MIC menjadi lemah kerana kepimpinannya yang hanya mementingkan diri dan lemah dari segi strategi politik. Kegagalan Samy Vellu memainkan kuasa politik sebagai 'mengawasi dan menegur' dalam BN adalah punca utama kenapa masyarakat India menjauhi BN," dakwanya.

Beliau berkata masyarakat India kini sudah matang dan mainan silap mata oleh Vell Paari tidak lebih dari satu lawak jenaka.

"Satu-satunya ubat yang paling berkesan untuk memulihkan MIC sekarang adalah pengunduran Samy Vellu dengan segera supaya Timbalan Presiden boleh mengambil alih kepimpinan parti dan merangka strategi politik yang betul dan berkesan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain