suria

Mayat Lelaki Lemas Cuba Selamat Budak Ditemui

TEMERLOH: Mayat seorang lelaki yang lemas ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tergelincir ke dalam Sungai Semantan di Kampung Lompat Songsang di sini, ditemui pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, mayat T.Selvam, 25, ditemui pada 9.15 pagi tersangkut pada sangkar ikan, 1.5 kilometer dari tempat dia terjatuh.

Dia telah dilaporkan hilang sejak Ahad lepas ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang tergelincir ke dalam sungai berkenaan.

Ekoran daripada itu gerakan mencari telah dilancarkan melibatkan 50 anggota penyelamat dan penduduk kampung.

Mayat Selvam dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain