Lagi Kanak-Kanak Maut Jatuh Bangunan - Semasa | mStar

Lagi Kanak-Kanak Maut Jatuh Bangunan

KUALA LUMPUR: Lagi kanak-kanak maut jatuh bangunan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun yang mayatnya ditemui di kawasan parkir selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Selayang dekat sini tengah hari tadi.

Dua hari lepas, mayat bayi lelaki berumur sembilan bulan ditemui dalam longkang selepas terjatuh dari tingkat tiga kuarters pendidikan di USJ 6, Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Chai Chee Xin, ditemui oleh pengawal keselamatan pangsapuri terbabit kira-kira puku1 1 tengah hari tadi.

"Polis yang tiba selepas dimaklumkan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang dengan mangsa mengalami kecederaan pada tengkok kiri.

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa jatuh dari tingkat 12 bangunan 20 tingkat itu ketika ditinggalkan bersendirian semasa neneknya keluar membeli barang.

"Dipercayai neneknya terlupa untuk mengunci pagar jeriji balkoni mereka dan menyebabkan mangsa terjatuh.

"Rumah tersebut dimiliki ibu saudara mangsa. Kedua ibu dan bapa mangsa telah bercerai," katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain