suria

Juruwang Ditahan Kerana Pecah Amanah

KUCHING: Seorang juruwang wanita ditahan polis di sini Isnin kerana dipercayai telah pecah amanah wang syarikat yang membabitkan kira-kira RM27,000.

Wanita berusia 27 tahun itu dikatakan telah menyalah guna wang tersebut sejak Januari lalu.

Perkara itu telah didedahkan syarikat tersebut pada awal bulan ini.

Juruwang berkenaan dikatakan telah diberi tempoh seminggu iaitu pada hari ini untuk membayar balik wang tersebut namun dia telah menghubungi syarikat itu untuk memberitahu bahawa dia telah dirompak sebanyak RM28,000 pagi ini.

Wang tersebut didakwanya adalah wang yang akan dibayar balik kepada syarikat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong mengesahkan kes itu dan berkata polis akan membuat siastan lanjut mengenainya. -BERNAMA

Artikel Lain