suria

SINGKAP: Tarikan Menarik Jadi Punca Utama

Kes 1: Fazli (bukan nama sebenar), 29, dari Pulau Pinang

Melaburkan sebanyak RM7,200 dalam projek cacing dengan sebuah syarikat agro. Bagaimanapun beliau membatalkan pelaburan dalam tempoh seminggu dan meminta bayaran balik. Namun, syarikat berkenaan masih tidak membuat bayaran selepas enam bulan meskipun sudah berjanji untuk berbuat demikian.

Kes 2: Anne (bukan nama sebenar), 46, Perak

Terlibat dalam pemasaran pelbagai peringkat (MLM) membabitkan pelaburan RM34,000. Beliau sudah pun mendapat rebat dan bonus, namun pulangan yang diterima tidak seperti yang dijanjikan, malah tidak setimpal dengan nilai wang yang dilabur.

Selain beliau, kesemua enam ahli keluarga dan saudaranya turut melabur dalam perniagaan itu hampir RM180,000.

Kes 3: Kok Keong (bukan nama sebenar), 27, Kuala Lumpur

Diperkenalkan kepada pelaburan menerusi internet dengan bayaran pakej rendah sebanyak RM1,788. Beliau menganggapnya pelaburan biasa kerana ia melibatkan produk pendidikan. Bagaimanapun beliau mula mengesyaki pelaburan itu seperti skim cepat kaya apabila terpaksa mencari peserta sebagai downline untuk mendapatkan pendapatan berganda.

Kes 4: Azman (bukan nama sebenar), 35, Kuala Lumpur

Terpedaya dengan tawaran menarik, dia mendepositkan RM4,000 kepada sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan sarang burung. Jumlah pelaburan sepatutnya RM26,800. Beliau dicadangkan oleh syarikat itu untuk membuat pinjaman dan menambah lagi RM4,900. Beliau akhirnya nekad berhenti apabila mendapati tindakan syarikat itu mencurigakan.

Artikel Lain