suria

Lebih 12,000 Ketua Isi Rumah Keluar Dari Daftar Kemiskinan Sehingga Bulan Ini

KUALA LUMPUR: Seramai 12,372 daripada 44,643 Ketua Isi Rumah miskin tegar telah dikeluarkan daripada daftar kemiskinan tegar sehingga bulan ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah itu adalah mereka yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih iaitu sistem pendaftaran kemiskinan yang dikendalikan Unit Perancangan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

Shahrizat berkata dalam tempoh Disember lepas sehingga kini juga seramai 1,455 wanita telah dilatih dalam bidang keusahawanan bagi meningkatkan keupayaan ekonomi mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Majlis Malam Santapan Amal Nur Kasih di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Pada majlis itu juga Yayasan Nur-Karangkraf Malaysia menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,000 kepada lima ibu tunggal. - BERNAMA

Artikel Lain