suria

Ahli Pemuda MIC Dilarang Sertai Himpunan GAS

KLANG: Ketua Pemuda MIC T. Mohan memberi amaran kepada semua anggota sayap itu supaya jangan menghadiri perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Kuala Lumpur atau mana-mana tempat lain pada Ahad ini. Katanya ahli Pemuda yang didapati terbabit dalam perhimpunan itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu sebelum sebarang tindakan diambil.

Mohan berkata beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa terdapat rancangan untuk melancarkan GAS pada satu perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini.

GAS diasaskan oleh bekas timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang mendesak Samy Vellu berundur segera sebagai presiden sebelum tarikh peralihan kuasa pada September tahun depan.

Mohan hadir di Rumah Kebajikan Rita di sini bagi meraikan persandingan pasangan pengantin T.M. Krishnan dan M.R. Kalaiarasi.

Kalaiarasi, 21, merupakan penghuni rumah kebajikan itu sejak beliau berusia sembilan tahun. -BERNAMA

Artikel Lain