Keputusan Kes Juruanalisis Saman Pusrawi Ditangguh 11 Jun - Semasa | mStar

Keputusan Kes Juruanalisis Saman Pusrawi Ditangguh 11 Jun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menetapkan 11 Jun ini bagi keputusan kes saman seorang juruanalisis kanan Bank Simpanan Nasional yang menuntut ganti rugi lebih RM500,000 daripada Hospital Pusrawi dan tiga doktornya kerana didakwa cuai.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu dalam kamarnya dengan kehadiran peguam Cheow Wee yang mewakili Roslan Mohd Ali, 47, dan peguam Harikannan Ragavan, mewakili Pusrawi.

Cheow memberitahu pemberita penangguhan itu disebabkan hakim memerlukan lebih masa untuk meneliti hujahan kedua-dua pihak.

Roslan memfailkan saman itu pada 2 Feb 2007 dengan mendakwa hospital terbabit cuai dan menyebabkan kecederaan otaknya sehingga beliau tidak sedarkan diri pada Januari 2007, lima bulan selepas menjalani satu pembedahan.

Beliau menamakan Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak, pakar anesthesia Dr Ainy Md Aris, pakar ortopedik Dr Mohd Ismail Maulud, dan pakar ortopedik dan trauma, Dr Didi Indra Tjahya, sebagai defendan.

Isteri beliau, Rosemah Ibrahim, bersama anak-anak mereka hadir di mahkamah hari ini mewakili Roslan, yang kini masih terlantar di rumah.

Roslan dalam pernyataan tuntutannya mendakwa bahawa pada 1 Sept 2006 beliau telah menjalani satu pembedahan akibat kesakitan di bahagian belakang, yang menurut doktor, hanya mengambil masa dua jam.

Roslan mendakwa Dr Ainy, Dr Mohd Ismail dan Dr Didi secara bersama dan/atau berasingan telah menjalankan tugas dengan cuai sehingga menyebabkan tiub "endotracheal" yang membekalkan oksigen kepadanya telah tersasar keluar daripada saluran pernafasan semasa membetulkan kedudukannya daripada telentang kepada kedudukan meniarap, dan, akibatnya pernafasan beliau terhenti kerana ketiadaan bekalan oksigen.

Beliau mendakwa ujian EEG (electroencephalogram) yang dibuat terhadapnya selepas pembedahan itu mengesahkan beliau mengalami kerosakan otak akibat kekurangan bekalan oksigen sehingga menyebabkan dia dirawat di Unit Rawatan Rapi selama 22 hari.

Roslan mendakwa akibat daripada kecuaian ketiga-tiga defendan itu, beliau mengalami kerosakan otak yang teruk kesan daripada kekurangan bekalan oksigen yang menyebabkan otaknya tidak dapat berfungsi dengan normal dan menjadikan beliau seperti 'bangkai bernyawa', yang memerlukan penjagaan berterusan.

Selain menuntut ganti rugi teladan dan punitif berjumlah RM500,000, Roslan juga menuntut ganti rugi khas iaitu kehilangan pendapatan RM5,687 sebulan dari 2 Feb 2007 dan berterusan, ganti rugi khas beserta faedah pada kadar empat peratus setahun, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain