suria

Dunia Boleh Terbalik Jika Percaya Cakap DAP

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meminta rakyat supaya tidak mengambil serius tuduhan DAP kononnya Barisan Nasional sebuah parti mengamalkan rasuah kerana apa yang dikatakan oleh parti pembangkang itu adalah semata-mata pembohongan.

"You percaya cakap DAP, dunia boleh tungkup (terbalik)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Hamidah di Demak Jaya Jalan Bako di sini hari ini.

Taib, yang menyambut ulang tahun ke-74 hari ini, berkata bahawa di bawah Barisan Nasional demokrasi akan terus berjalan dengan baik di negara ini.

Katanya beliau mahu melihat rakyat kekal bersatu sekaligus menjadikan Sarawak negeri contoh kepada kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini. - BERNAMA

Artikel Lain