suria

Nenek Rentung Dalam Kebakaran

KUANTAN: Seorang nenek berusia 70 tahun ditemui rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah pondok kecil di Felda Keratong Satu, Rompin awal hari ini.

Wanita yang dikenali sebagai Minah Mahmud itu dikatakan tinggal seorang diri di dalam pondok yang terletak di bahagian belakang rumah anaknya itu.

Pemangku Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Muadzam Shah Rahmat Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 1.55 pagi.

"Sebuah jentera dengan lapan anggota dihantar ke tempat kejadian tetapi kami gagal menyelamatkan mangsa selepas pondok kecil itu musnah terbakar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata punca dan jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain