suria

LRT, Monorel, RapidKL Dilanjut Hingga 1 Pagi

KUALA LUMPUR: Sempena perarakan Citrawarna 1Malaysia 2010 di Dataran Merdeka Sabtu ini, perkhidmatan LRT, KL Monorel dan bas RapidKL di stesen dan laluan tertentu akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi.

Prasarana Negara Berhad berkata, perkhidmatan LRT berkenaan ialah di Stesen Masjid Jamek bagi kedua-dua aliran Kelana Jaya dan Ampang serta stesen Medan Tuanku bagi perkidmatan monorel.

Laluan RapidKL pula melibatkan 10 laluan bas iaitu U22, U23, U40, U64, U66, U67, U68, U70, U88 dan U224.

Waktu operasi di stesen dan laluan bas yang lain akan berakhir seperti biasa, menurut syarikat berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain