suria

Murid Bunuh Diri Selepas Kelas Mengundi Untuk Mengantung Persekolahannya

HENAN (CHINA): Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah di sini bertindak membunuh diri selepas rakan-rakan sekelasnya mengundi agar dia digantung persekolahan kerana terlibat dalam satu pergaduhan.

Pelajar perempuan itu yang dikenali sebagai Lei Meng Jia telah bergaduh dengan salah seorang rakan sekelasnya dan sebagai hukuman, guru kelasnya telah mengesyorkan agar seluruh kelas mengundi bentuk hukuman yang patut dikenakan ke atasnya.

Daripada 38 murid dalam kelas tersebut, 26 telah mengundi agar dia digantung persekolahan selama seminggu.

Tidak dapat menerima keputusan rakan-rakan kelasnya itu, Lei nekad membunuh diri dengan melompat ke dalam Sungai Kuning.

Sebelum membunuh diri, Lei telah meninggalkan tiga keping nota - satu menyatakan sebab-sebab kenapa dia membunuh diri, nota kedua kepada ahli keluarganya dan nota ketiga kepada rakan karibnya sendiri.

Adalah difahamkan, murid yang bergaduh dengan Lei tidak dikenakan tindakan yang serupa tetapi hanya dimarahi oleh guru kelas berkenaan.

Menurut sebuah akhbar tempatan, Lei telah disifatkan sebagai seorang murid yang suka mencetuskan pergaduhan di sekolah dan tidak disukai oleh kebanyakkan murid.

Artikel Berikut

Artikel Lain