suria

Muhyiddin Terima Kunjungan Setiausaha Pelajaran Hong Kong

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Pelajaran Hong Kong, Michael Suen Min-yeung di pejabatnya di Kementerian Pelajaran sini.

Michael Suen yang bertangungjawab ke atas urusan pendidikan dari peringkat pra-sekolah hingga ke tahap pengajian tinggi di Hong Kong menemui Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran kira-kira pada pukul 2.30 petang.

Lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia bermula Ahad lalu bertujuan untuk berkongsi pengalaman Hong Kong dalam bidang pendidikan dengan Malaysia.

Antara tujuan utamanya ialah bertukar-tukar maklumat dan inisiatif terkini berhubung bidang pendidikan dengan Malaysia, serta memperkenalkan struktur akademik terbaru pendidikan menengah dan pengajian tinggi di Hong Kong.

Lawatan itu juga untuk menggalakkan peningkatan kerjasama pendidikan di antara Malaysia dan Hong Kong bagi memperkayakan silang budaya antara kedua-dua negara. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain