suria

Mayat Rentung Ditemui Dalam Van

KUALA LUMPUR: Satu mayat yang rentung hampir 90 peratus ditemui dalam sebuah van Nissan Vanette yang terbakar di Jalan Kampung Orang Asli, Rawang Saujana, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata polis masih belum dapat mengenal pasti identiti, mahupun jantina mayat itu.

Beliau berkata polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai van itu pada kira-kira pukul 6.15 petang, dan selepas diperiksa polis menemui mayat berkenaan di bahagian tempat duduk pemandu.

"Ketika ditemui bahagian kepala, tangan serta kakinya sudah tinggal tulang, dan van itu dipercayai terbakar tiga hari lepas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Menurutnya mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat, dan polis sedang menyiasat punca kebakaran, namun tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu.

Abdul Rahim seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mayat itu supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain