Bagaimana Australia Jadikan Sukan Satu Platform Penting - Semasa | mStar

Bagaimana Australia Jadikan Sukan Satu Platform Penting

KETIKA pasukan negara kecundang di tangan China di peringkat separuh akhir Piala Thomas maka terlintas di fikiran untuk mengumpas sedikit berkenaan sukan di negara kangaroo ini.

Harap-harap tulisan kali ini tidak melukai mana-mana pegawai kanan kerajaan seperti mana yang berlaku dalam tulisan-tulisan saya yang lepas. Anggaplah apa yang diluahkan merupakan sesuatu yang positif, bukan niat untuk menderhaka pada negara sendiri, sekadar mengharap negara Malaysia tersayang boleh menjadi lebih baik dari takat hari ini. Sindir-sindir sayang katakan....

Penulis melihat, sukan merupakan sesuatu yang amat penting di sini malah dilihat sebagai satu elemen peningkatan ekonomi sesebuah negara. Ia juga merupakan faktor penarik untuk mendorong pelancong datang menyinggah ke sesuatu tempat.

Sekarang ini, kita patut memikirkan secara serius elemen pelancongan sukan sebagai salah satu cabang yang boleh kita bangunkan dalam negara kita. Ia telah terbukti berjaya di Australia, terutama apabila Bandaraya Melbourne sentiasa memenuhkan jadul tahunan mereka dangan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa, terus menerus tanpa henti.

Lihat sahaja apa terjadi selepas pertandingan golf, Melbourne Open, pada penghujung tahun lepas. Kerajaan Brumby yang mentadbir Victoria dikritik hebat oleh seterunya apabila membelanjakan lebih dari AUD 3 juta (RM10 juta), semata-mata untuk membawa pemain nombor satu dunia, Tiger Wood datang bermain di sini.

Kritikan keras para pembangkang akhirnya sepi, setelah kerajaan mengumumkan keuntungan lebih dari AUD 20 juta (RM66 juta) setelah ditolak semua kos yang dikeluarkan sempena pengajuran sukan tersebut.

Keuntungan ini belum lagi diambil kira dari pembelanjaan yang dikeluarkan oleh pelancong asing yang datang berbelanja di Melbourne, serta peluang pekerjaan yang tercipta dari pertandingan tersebut. Di Victoria, sukan diterapkan sejak dari bangku sekolah lagi.

Elemen psyco motor memang diajar, bukan seperti pendidikan jasmani di negara kita yang mana gurunya duduk di bawah pokok dan mengarahkan aktiviti bebas untuk para pelajar dan lebih menyedihkan, sikap guru di negara kita yang mengajar subjek tersebut seperti melepaskan batuk di tangga.

Skipping merupakan elemen wajib di sini, sehinggakan dinilai berapa banyak lompatan yang boleh para pelajar lakukan. Tujuannya agar para pelajar dapat melaksanakan skipping pada bila-bila masa, kerana kajian menunjukan aktiviti tersebut cukup berkesan untuk jantung manusia. Juga satu aktiviti yang mudah, cepat dan murah untuk kesihatan manusia.

Setiap sekolah juga disediakan playground yang lengkap, malah sekolah boleh menyewa kemudahan mereka untuk kegunaan orang awam. Ia juga boleh menjadi salah satu dari pendapatan tambahan untuk sekolah.

Disamping itu, setiap daerah disediakan kemudahan asas beriadah, hampir setiap 10,000 kepadatan penduduk mesti ada taman rekreasi, padang bola, kriket, kolam renang dan dewan untuk sukan indoor, untuk kegunaan orang awam.

Kemudahan untuk sukan X-treme juga disediakan. Menariknya, setiap jalan di sini disediakan lorong khas untuk berbasikal untuk menggalakkan rakyat berbasikal dengan perasaan selamat berada di jalanraya.

Penganjuran sukan di sini juga berlandaskan musim cuaca. Pada musim panas dan bunga, sukan seperti golf, tenis, sukan bermotor, kriket dan renang diadakan. Pada musim sejuk dan bunga, bola sepak, footy (rugby cara Australia), rugbi dan sukan dalam dewan pula mendapat tempat.

Setiap permainan tersebut mempunyai pertandingan liganya tersendiri, dan kanak-kanak sekecil 5 tahun boleh menyertainya. Bayangkan liga khas untuk kanak-kanak berumur 5, 6 dan 7 tahun ke bawah, pastinya amat menarik untuk ditonton.

Pertandingan diadakan pada setiap hari Ahad, secara tidak langsung tidak menggangu aktiviti persekolahan kanak-kanak, serta membolehkan penglibatan ibu bapa secara bersama.

Tambahan pula, kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah tidak ada diskriminasi jantina, setiap pertandingan melibatkan percampuran gender dalam setiap pasukan. Secara tidak langsung, tidak wujud keelatan kepada kaum hawa untuk tidak aktif dalam sukan. Selapas umur tersebut barulah wujud pertandingan yang hanya melibatkan gender-gender tertentu tanpa pencampuran.

Sukan juga dijalankan untuk mendapatkan dana untuk tujuan-tujuan kebajikan. Sebagai contoh, pada hari ibu yang lepas, setiap pertandingan dimestikan memakai warna pink serta pendapatan dari kutipan tiket untuk hari itu disalurkan khas untuk penyelidikan kanser payu dara.

Kesimpulannya, di Australia, sukan telah digunakan sebagai landasan untuk menjana kesihatan, apatah lagi boleh menjana pendapatan. Tapi yang kita sering lupa, sukan juga merupakan elemen pemangkin kepada keutuhan perpaduan. Kejayaan Australia menyatupadukan rakyatnya yang berbilang keturunan mahupun bangsa banyak bergantung kepada sukan.

DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI merupakan Honarary Visiting Academic di University of Melbourne. Beliau boleh dihubungi menerusi email asani@unimelb.edu.au

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?